Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan
dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui
apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya
mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar
seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya
kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang
mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara
seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali
memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan
dengan izin Allah.
Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102
Al-Baqarah 102
Berdasarkan
ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka
mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah
kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa
Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor
1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah
yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.”
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)
(Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)
Bagaimana
umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit
dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah
lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah
Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam?
Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan
lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak!
Ohhh, semestinya tidak!
Sabda
Rasullulah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Jadi
dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang
terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.
Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam
bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople)
pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota
Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar
Rom sejak sekian lama.
Sebelum
dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali
sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan
dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas
kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan
simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja
Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople
sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol
Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan
Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan
seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini
diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama
rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan
Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan
Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada
lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut.
Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya
satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan
bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.
Adakah
simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia
juga digunakan oleh Freemason!
Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.
Jata
negara Croatia
Kurang
Jelas Lambang tersebut? Saya zoomkan gambar di atas. Bintang di sebelah kiri
dan Bulan Sabit di sebelah kanan.
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan?
Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan
malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali
kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu
fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita
sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin
Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada
satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa?
Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN
LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA
BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH
NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah
anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis
berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Al-Hijr 39-40
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Al-Hijr 39-40
Lihatlah
di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam,
lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat
sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya
adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah
umat Islam menyembah Allah yang satu.
Dan
(orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada
Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106
Katakanlah
(wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru
manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang
jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan
syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain.
Yusuf 108
Yusuf 108
Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120
Al-Baqarah 120
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan
mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100
Al-Imran 100
Banyak
di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang
timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109
Al-Baqarah 109
Tidak ada komentar:
Posting Komentar